Wednesday, January 26, 2011

Erti Suatu Kebaikan

Ombak besar bersama ribut baru melanda sebuah kampung nelayan. Di pantai terdampar ribuan ketam-ketam kecil yang dibawa bersama ombak besar itu. Apabila ribut reda dan cuaca tenang semula kelihatan seorang tua sedang mengutip ketam-ketam yang sudah "nyawa-nyawa ikan" kerana kekeringan itu lalu dicampakkannya semula ke laut. Seekor demi seekor.

Perbuatan orang tua itu diperhatikan oleh sekumpulan anak muda yang kebetulan berada di pantai itu. Mereka pelik melihat betapa tekunnya orang tua tersebut mengutip satu demi satu ketam-ketam kecil untuk dicampakkan ke laut.
"Atuk buat apa itu?" tegur seorang daripada anak muda itu.
"Kutip ketam ni untuk buang buang semula ke laut," jawab orang tua itu.
"Kenapa?"
"Kalau dicampakkan ke laut kan ketam ini akan berpeluang hidup?"
"Atuk nak kutip semua ni ke?" tanya mereka lagi sambil menunjukkan ribuan ketam-ketam yang terdampar di pantai itu.
"Begitulah. Tapi mana atuk terdaya... ini pun dah cukup letih," akui orang tua itu. Namun tangannya masih sibuk mengutip dan mencampakkan ketam-ketam itu ke laut. Perlahan-lahan.
Anak muda itu senyum sambil menggeleng-geleng kepala.
 "Sia-sia sahaja atuk. Ribuan ketam ni akan mati. Atuk tak akan sempat dan mampu menyelamatkan semuanya."
"Eh, tidaklah."
"Kenapa?"
"Bagi kita mungkin nampak sia-sia sebab apalah ertinya menyelamatkan seekor dua ketam ni berbanding ribuan lain yang akan mati tetapi bagi seekor ketam yang kita selamatkan itu, ia terlalu besar ertinya."
"Kenapa atuk?"
"Kerana ia melibatkan soal hidup atau matinya, betul tak?" tanya orang tua itu.
Anak-anak muda yang memandang sinis sejak tadi terdiam melihat kebijaksaan dan keprihatinan orang tua itu.


Pengajaran: 
Jangan fikir besar atau kecilnya satu kebaikan apabila kita ingin melakukannya. Mungkin apa yang dianggap kecil oleh kita adalah sangat besar pada yang menerimanya. Apatah lagi apabila kita sedar Allah menilai setiap kebaikan yang kita buat. Mungkin suatu yang dianggap kecil oleh kita adalah besar pada pandangan Allah justeru keikhlasan dan kesabaran dalam melaksanakannya.

sumber: Solusi

Sunday, January 23, 2011

Hati Hati Manusia

  • Hati yang Sedar
Firman Allah maksudnya : "Sesungguhnya (keterangan-keterangan dan peristiwa-peristiwa) yang tersebut itu, tidak syak lagi mengandungi pengajaran bagi sesiapa yang mempunyai hati (yang sedar) atau yang menggunakan pendengarannya bersungguh-sungguh (kepada pengajaran itu) dengan menumpukan hati dan fikiran kepadanya."
(Surah Qaf 50: 37)


Ya Allah, kurniakanlah kepadaku HATI seperti ini...

  •  Hati yang Bersih
Firman Allah maksudnya: "Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan)."
(Surah al-Syams 91: 9)

  •   Hati yang Lurus
Firman Allah maksudnya: (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, kurniakanlah 
kepada kami limpah rahmat daripada sisi-Mu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang melimpah-limpah pemberian-Nya."
(Surah Ali 'Imran 3: 8)

...dan Kaupeliharalah daripadaku hati ini...

  • Hati yang Terhijab (tertutup)
Firman Allah maksudnya: "Dan antara mereka ada yang memperdengarkan (al-Quran), padahal Kami telah jadikan tutupan berlapis-lapis atas hati mereka, yang menghalang mereka daripada memahaminya, dan Kami jadikan pada telinga mereka penyumbat (yang menjadikan mereka pekak)."
(Surah al-An'am 6: 25)


"Carilah hatimu sewaktu membaca al-Quran. Jika kau tidak temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika kau tidak temui, carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru..."
  
hati yang ingat mati akan sentiasa hidup!
 sumber: Solusi

Salam Mujahadah

Dalam meneruskan perjalanan hidup ini, Allah hadiahkan sebuah perjuangan yang kadang kala menggoda iman kita untuk terus teguh berdiri. Kadang sahabat tak sehaluan, kadang cemerlang gagal dicapai, kadang sakit yang mendatang.

Firman Allah s.w.t:

"Dan boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal itu baik bagimu tetapi boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu"

(Al-Baqarah: 216)

Letakkan pengharapan pada PENCIPTA 
dan bukan pada CIPTAANNYA.
Biar hilang kawan kerana BERJUANG
jangan hilang kawan SEPERJUANGAN.

Ingatan Buat Diriku Yang Lupa

Seringkah Kita Terfikir Bagaimana Mulia Dan Bersihnya Hati Rasulullah.


Tetap Senyum Bila Dibenci, Tenang Bila Dimusuhi, Membantu Walau Disakiti, Tetap Menyeru Walau Diusir Pergi.


Kenapa Kita Mudah Benci Bila Dikasari, Putus Asa Bila Yang Dilakukan Tak Menjadi, Kecewa Bila Teman Tak Memahami, Terguris Bila Dinasihati.


Ayuh Kita Bangkit Agar Segala Yang Indah Menghiasi Peribadi Kerana Qudwah Kita Adalah Rasulullah.


Itulah Sifat Hamba Allah Yang Hakiki (",)