Monday, December 19, 2011

Untukmu Teman

 Salam Mujahadah buat temanku

Farhana :)

yang sekarang ni sedang hebat menelaah buku physiology nye. sekerii..
gudluck untuk final esok! ^0^

nak suruh dengar lagu ni. biar dah dengar banyak kali pun :P


huhu rindu masa fes year dulu dulu.
kat KiAM.

ingat lagi first time jumpa masa nk daftar. nampak faa jalan kat belakang.
tengah pegang x-ray medical check up yg besaq tu. tunduk je..
dalam hati "comey ngat bdk ni. mcm selo. hikhik nok wat saem aa"

 pastu dah masuk rumah dapat rumate ngan faa. hepi ^^
*lepas pujuk fasi nak tukar bilik double. kes takot tido sorang2*
banyak benda kite share sama sama.
p kelas sama sama. round2 pasar malam sama sama - naget ngan kentang wajib beli -
tidoq lambat sama sama - wat gape dop tau la. macam2. dalam kelas cium buku. baguss -
nyanyi sama sama. main keyboard sama sama - esok nak exam. pelajar cemerlang kan -
conclusion nya .. seme bende nk wat sama sama. ngengade sungguh. tobat dop nipu.

tapi paling best skali tunggu faa. haha tahu dh mmg lambat sokmo.
orang laen habis keluar kelas dh, hang baru nak kemas buku masuk beg. but itsokey dop kesah pun  :P

oke la tak mau flashback banyak banyak.
boleh imagine dh muke faa bace post ni. kekeke
*kalau teharu cakap je..

 ee.. nk sambung sikit lagi ne..

skg ni dah nak abis dh 1st sem utk tahun ni. kejap je rase. *yay holiday!*
kadang2 terpikir gop, ade lagi ke peluang nk duk satu rumah macam dulu?
wuhuu macam susah je u_u ye la kelas dop same dh stat tahun ni.
sorang pagi sorang petang. possibility nk jumpe sikit je.
 
dh la faa balik mesia setahun awai... >_<


 nota kaki :
mikang wat entry nih saje nak bagi semangat kat fana. cewahh XD
 *act dh serender.. sbb pinor mate mate bace lekce note* 
jangan tensen2 sgt study. tapi jgn byk jgk rileks nye. hehe bahaye..
tahu jadual final kali ni mcm nk pengsan je owp. huu rabok2..
 

summary :
Bitaufeeq wannajah my dear friend! sama sama kite berjuang untuk mencapai makna cita cita kita. menjadi doktor yang muslimah. insyaAllah. semoga Allah meredhai hidup kita dunia dan akhirat. ingat, Allah lihat pada usaha kita. so try and fail. but never
fail to try again n_n


friends till jannah ^^v

Thursday, August 18, 2011

Ya Allah.. Peliharalah Diri Ini

"Sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan tidak dipandang oleh lelaki"

Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apa gunanya aku menjadi perhatian lelaki andai murka Allah ada di situ.
Apalah gunanya aku menjadi idaman banyak lelaki sedangkan aku hanya biasa menjadi milikmu seorang.
Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang biasa dimiliki sesuka hati.
Aku juga tidak mau menjadi penyebab kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat aku berikan.
Bagaimana akan kujawab di hadapan Allah kelak andai ditanya? Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi?
Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki dan menghias peribadiku kerana itulah yang dituntut oleh Allah.
Kalau aku ingin lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik. Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?

Tidak kunafikan sebagai wanita, aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahawa aku perlu menjaga perasaan itu kerana ia semata-mata untukmu.
Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi labuhan lelaki lain. Engkau berhak mendapat kasih yang tulen.
Diriku yang memang lemah ini telah diuji oleh Allah saat seorang lelaki ingin berkenalan denganku. Aku dengan tegas menolak, berbagai macam dalil aku kemukakan, tetapi dia tetap tidak berputus asa.
Aku merasa seolah-olah kehidupanku yang tenang ini telah dirampas dariku. Aku bertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan? Aku beristigfar memohon ampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Pemilik Segala Rasa Cinta melindungi diriku dari kejahatan.
Kehadirannya membuatku banyak memikirkan tentang dirimu. Kau kurasakan seolah-olah wujud bersamaku.
Di mana saja aku berada, akal sedarku membuat perhitungan denganmu. Aku tahu lelaki yang menggodaku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hatiku yang mengatakan lelaki itu bukan teman hidupku kelak.
Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku untuk memilih permata sedangkan aku hanyalah sebutir pasir yang wujud di mana-mana.

Tetapi aku juga punya keinginan seperti wanita yang lain, dilamar lelaki yang bakal memimpinku kearah tujuan yang satu.
Tidak perlu kau memiliki wajah setampan Nabi Yusuf a.s, juga harta seluas perbendaharaan Nabi Sulaiman a.s, atau kekuasaan seluas kerajaan Nabi Muhammad SAW, yang mampu mendebarkan hati jutaan gadis untuk membuat aku terpikat.
Andainya kaulah jodohku yang tertulis di LauhMahfuz, Allah pasti akan menanamkan rasa kasih dalam hatiku juga hatimu. Itu janji Allah.
Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan dibazirkan perasaan itu kerana kita masih tidak mempunyai hak untuk membuat begitu.
Juga jangan melampaui batas yang telah Allah tetapkan. Aku takut perbuatan-perbuatan seperti itu akan memberi kesan yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak.

Permintaanku tidak banyak. Cukuplah engkau menyerahkan seluruh dirimu pada mencari redha Illahi.
Aku akan merasa amat bernilai andai dapat menjadi tiang penyangga ataupun sandaran perjuanganmu.
Bahkan aku amat bersyukur pada Illahi sekiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, mengulurkan tanganku untukmu berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu.
Akan ku keringkan darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itu impianku. Aku pasti berendam air mata darah, andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu kepadaku.
Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu kerana dengan mencintai Allah, kau akan mencintaiku kerana-Nya. Cinta itu lebih abadi daripada cinta biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.
Seorang gadis yang membiarkan dirinya dikerumuni, didekati, diakrabi oleh lelaki yang bukan muhrimnya, cukuplah dengan itu hilang harga dirinya di hadapan Allah. Di hadapan Allah. Di hadapan Allah.

Yang dicari walau bukan putera raja, biarlah putera Agama.
Yang diimpi, biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata.
Yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat rohani dan hati.
Yang diharap, bukan jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat.
Yang datang, tak perlu rijal yang gemilang, kerana diri ini serikandi dengan silam yang kelam.
Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia.
Dan yang akan terjadi, andai tak sama dgn kehendak hati, insyaAllah kuredha ketetapan Illahi..

Wahai wanita, kuingatkan diriku dan dirimu, peliharalah diri dan jagalah kesucian.. semoga redha Allah akan sentiasa mengiringi dan memberkati perjalanan hidup ini..

Saturday, June 4, 2011

Keheningan Malam

Bila malam menjelma
Memayungi semesta
Rasa hati tercipta
Menghadap yang maha Esa

Bintang bergemerlapan
Disinari cahaya rembulan
Saat indah perhitungan
Disiang hari kehidupan

Terukir rasa yang terasing
Pabila nurani dunia menghampiri
Tercipta rasa yang terindah
Diri suci murni
Redha dari Ilahi

Pabila suria mentari
Memancar menyinari
Bermula lagi kehidupan
Sehingga tiba waktu
Yang dijanjikan

Hijjaz

Monday, April 11, 2011

Kejayaan Yang Dipilih

Hidup memerlukan pengorbanan.
Pengorbanan memerlukan perjuangan.
Perjuangan memerlukan ketabahan.
Ketabahan memerlukan keyakinan.
Keyakinan menentukan kejayaan.
Kejayaan akan menentukan kebahagiaan.

السلام عليكم أصدقائي

Syukur sungguh dihati ini dapat lagi meng"update" blog yg dah lame bersawang ditinggalkan keseorangan. huhu kesian kamu. minta maaf sangat sangat buat teman teman u_u . dan terima kasih banyak banyak bagi mereka yang baik hati menyuruh diriku untuk exercise jari jemari ini. walaupun entry entry sebelum nie copy and paste je (gomenn..) tapi kali ni perasaan rajin tu datang singgah sekejap so nak menaiplah. waa tetibe rase macam tak percaye >_<

Dulu dulu penah cakap kalau buat blog ni konpem tak jalan. dah la tak reti mengarang, idea banyak pending, susah nak keluar, ade hati nak buat blog. sebaek boleh click copy n paste. jadi wujud la page yang tsumaranai nih. aduii segan la pulak ~_~ sebab utama satu je >>> nak baca (baca rajin comment malas?) entry teman teman yang jauh di mata. hehe tambah lagi yang dah fly jauh jauh dari mesia ni. harap terus dapat keep in touch dgn kamu sume ^^v

Strek to the point, buat sahabat yang dikasihi yg sedang or akan menghadapi exam or final exam :

> wish you all best of luck! and remember that there is only one key to success, never quit until you win. it may require a lot of changing but you can do it! the seed of greatness lies within you. nurture it and there will be nothing you cant do :)

> amalkan doa ni banyak banyak :
 حَسْبِيَ اللهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ 
(cukuplah Allah sebagai penolong dan sebaik-baik tempat bersandar) insyaAllah Allahu yusahhilik :)

> kejayaan bukan datang sekali. kejayaan itu merintis kejayaan. bila sudah mencapai kejayaan di satu tahap maka kita haruslah teruskan lagi usaha untuk mencapai kejayaan yang lebih tinggi. berusahalah hingga sampai saatnya ajal kita :)


がんばってください

watashi mo.. ganbarimasuu!!
tsutzuku ~~

بارك الله فيكم دائما

Wednesday, March 23, 2011

Kalau Allah Itu Maha Baik, Kenapa Buat Neraka?

Ini kisah benar.. Kisah seorang gadis Meayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama.

Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Saya tidak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan.

Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan.

Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di sebuah pasaraya telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat.

Maka dia pun kena denda.

Setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, "lepas ini diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan.

Peraturan ni bukan semata-mata peraturan Majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga.

Kalau derhaka tidak mematuhi perintahNya, takut nanti tidak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah.

Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tidak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka."

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri, tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka?

Kenapa tidak sediakan syurga sahaja? Macam itu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin dari tadi dia sudah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz. Sudah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung.

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia.

Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab: "Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz.

Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.

Hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga.

Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur.

Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga. Kan Tuhan tu baik?"

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan:

"Perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik, orang jahat, semua masuk syurga.

Maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma.

Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga. Perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga.

Selepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak. Tak ada siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'.

Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?" Tanya ustaz.

"Mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas macam tu je." Rungut si gadis.

Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"

Gadis tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya:

"Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil.

Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain.

Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji di atas dunia ni.

Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan hak kita untuk berpakaian sesuka hati kita.

Ingatlah, semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian.

Semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita juga."

renung-renungkan dan selamat beramal.
ini copy and paste je. rase macam best.. nak share la :D

Friday, February 18, 2011

Apakah Allah Terima Taubatku?

Kamu lakukan dosa kerana kejahilan, lalu segera bertaubat ...

Firman Allah s.w.t maksudnya: "Sesungguhnya penerimaan taubat itu disanggupi oleh Allah hanya bagi orang yang melakukan kejahatan disebabkan kejahilan, kemudian mereka segera bertaubat. Maka (dengan adanya dua sebab itu) mereka diterima Allah taubatnya. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana."
(Surah an-Nisa' 4: 17)


Kamu lakukan dosa tetapi kemudian kamu insaf dan berusaha memperbaiki diri ...

Firman Allah s.w.t maksudnya: "Dan mana-mana dua orang di antara kamu yang melakukan perbuatan yang keji itu, maka hendaklah kamu menyakiti keduanya; kemudian jika mereka bertaubat dan memperbaiki keadaan diri mereka (yang buruk), maka biarkanlah mereka; kerana sesungguhnya Allah adalah sentiasa Menerima Taubat, lagi Maha Luas rahmat-Nya."
(Surah an-Nisa 4: 16)
 
Dia memaafkan kesalahan yang kamu lakukan ...

Firman Allah s.w.t maksudnya: "Dan Dialah Tuhan yang menerima taubat daripada hamba-hamba-Nya (yang bertaubat) serta memaafkan kejahatan-kejahatan (yang mereka lakukan); dan Ia mengetahui akan apa yang kamu kerjakan."
(Surah al-Syura 42: 25)

Dia memaafkan kesalahan siapa sahaja yang dikehendaki-Nya ...

Firman Allah s.w.t maksudnya: "Dan Dia juga akan menghapuskan kemarahan hati orang yang beriman itu, dan Allah akan menerima taubat orang yang dikehendaki-Nya; dan ingatlah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana."
(Surah at-Tawbah 9: 15) 

Wednesday, February 2, 2011

Antara Sabar Dan Mengeluh

Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitul Haram. Diwaktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya.

"Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu, tidak lain kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih hati."

Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya, "Apakah katamu hai saudaraku? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau, dan seorang pun yang menyekutuinya aku dalam hal ini."

Abu Hassan bertanya, "Bagaimana hal yang merisaukanmu?" Wanita itu menjawab, "Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan pada aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada adiknya, "Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing?" Jawab adiknya, "Baiklah kalau begitu." Lalu disuruh adiknya baring dan disembelihkannya leher adiknya itu. Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang mana di sana ia dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke atas badannya habis melecur kulit badannya. Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka ia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya. Dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua." 

Lalu Abul Hassan bertanya, "Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu?" Wanita itu menjawab, "Tiada seorang pun yang dapat membezakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan di antara keduanya ada jalan yang berbeza. Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka."
Demikianlah cerita di atas, satu cerita yang dapat dijadikan tauladan di mana kesabaran sangat digalakkan oleh agama dan harus dimiliki oleh setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah s.w.t. dalam setiap terkena musibah dan dugaan dari Allah. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda dalam firman Allah s.w.t. dalam sebuah hadith Qudsi:

"Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang Mukmin, jika Aku ambil kekasihnya dari ahli dunia kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya."
 
Begitu juga mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama dan hukumnya haram. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda:

"Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang."

Dan sabda Rasulullah s.a.w pula:

"Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka." 
(Riwayat oleh Imam Majah)
Semoga kita dijadikan sebagai hamba Tuhan yang sabar dalam menghadapi segala musibah. Sesungguhnya Allah tidak akan membebankan hamba-hambaNya melainkan mereka sendiri mampu memikulnya. 
Wallahualam

Wednesday, January 26, 2011

Erti Suatu Kebaikan

Ombak besar bersama ribut baru melanda sebuah kampung nelayan. Di pantai terdampar ribuan ketam-ketam kecil yang dibawa bersama ombak besar itu. Apabila ribut reda dan cuaca tenang semula kelihatan seorang tua sedang mengutip ketam-ketam yang sudah "nyawa-nyawa ikan" kerana kekeringan itu lalu dicampakkannya semula ke laut. Seekor demi seekor.

Perbuatan orang tua itu diperhatikan oleh sekumpulan anak muda yang kebetulan berada di pantai itu. Mereka pelik melihat betapa tekunnya orang tua tersebut mengutip satu demi satu ketam-ketam kecil untuk dicampakkan ke laut.
"Atuk buat apa itu?" tegur seorang daripada anak muda itu.
"Kutip ketam ni untuk buang buang semula ke laut," jawab orang tua itu.
"Kenapa?"
"Kalau dicampakkan ke laut kan ketam ini akan berpeluang hidup?"
"Atuk nak kutip semua ni ke?" tanya mereka lagi sambil menunjukkan ribuan ketam-ketam yang terdampar di pantai itu.
"Begitulah. Tapi mana atuk terdaya... ini pun dah cukup letih," akui orang tua itu. Namun tangannya masih sibuk mengutip dan mencampakkan ketam-ketam itu ke laut. Perlahan-lahan.
Anak muda itu senyum sambil menggeleng-geleng kepala.
 "Sia-sia sahaja atuk. Ribuan ketam ni akan mati. Atuk tak akan sempat dan mampu menyelamatkan semuanya."
"Eh, tidaklah."
"Kenapa?"
"Bagi kita mungkin nampak sia-sia sebab apalah ertinya menyelamatkan seekor dua ketam ni berbanding ribuan lain yang akan mati tetapi bagi seekor ketam yang kita selamatkan itu, ia terlalu besar ertinya."
"Kenapa atuk?"
"Kerana ia melibatkan soal hidup atau matinya, betul tak?" tanya orang tua itu.
Anak-anak muda yang memandang sinis sejak tadi terdiam melihat kebijaksaan dan keprihatinan orang tua itu.


Pengajaran: 
Jangan fikir besar atau kecilnya satu kebaikan apabila kita ingin melakukannya. Mungkin apa yang dianggap kecil oleh kita adalah sangat besar pada yang menerimanya. Apatah lagi apabila kita sedar Allah menilai setiap kebaikan yang kita buat. Mungkin suatu yang dianggap kecil oleh kita adalah besar pada pandangan Allah justeru keikhlasan dan kesabaran dalam melaksanakannya.

sumber: Solusi

Sunday, January 23, 2011

Hati Hati Manusia

  • Hati yang Sedar
Firman Allah maksudnya : "Sesungguhnya (keterangan-keterangan dan peristiwa-peristiwa) yang tersebut itu, tidak syak lagi mengandungi pengajaran bagi sesiapa yang mempunyai hati (yang sedar) atau yang menggunakan pendengarannya bersungguh-sungguh (kepada pengajaran itu) dengan menumpukan hati dan fikiran kepadanya."
(Surah Qaf 50: 37)


Ya Allah, kurniakanlah kepadaku HATI seperti ini...

  •  Hati yang Bersih
Firman Allah maksudnya: "Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan)."
(Surah al-Syams 91: 9)

  •   Hati yang Lurus
Firman Allah maksudnya: (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, kurniakanlah 
kepada kami limpah rahmat daripada sisi-Mu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang melimpah-limpah pemberian-Nya."
(Surah Ali 'Imran 3: 8)

...dan Kaupeliharalah daripadaku hati ini...

  • Hati yang Terhijab (tertutup)
Firman Allah maksudnya: "Dan antara mereka ada yang memperdengarkan (al-Quran), padahal Kami telah jadikan tutupan berlapis-lapis atas hati mereka, yang menghalang mereka daripada memahaminya, dan Kami jadikan pada telinga mereka penyumbat (yang menjadikan mereka pekak)."
(Surah al-An'am 6: 25)


"Carilah hatimu sewaktu membaca al-Quran. Jika kau tidak temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika kau tidak temui, carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru..."
  
hati yang ingat mati akan sentiasa hidup!
 sumber: Solusi

Salam Mujahadah

Dalam meneruskan perjalanan hidup ini, Allah hadiahkan sebuah perjuangan yang kadang kala menggoda iman kita untuk terus teguh berdiri. Kadang sahabat tak sehaluan, kadang cemerlang gagal dicapai, kadang sakit yang mendatang.

Firman Allah s.w.t:

"Dan boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal itu baik bagimu tetapi boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu"

(Al-Baqarah: 216)

Letakkan pengharapan pada PENCIPTA 
dan bukan pada CIPTAANNYA.
Biar hilang kawan kerana BERJUANG
jangan hilang kawan SEPERJUANGAN.

Ingatan Buat Diriku Yang Lupa

Seringkah Kita Terfikir Bagaimana Mulia Dan Bersihnya Hati Rasulullah.


Tetap Senyum Bila Dibenci, Tenang Bila Dimusuhi, Membantu Walau Disakiti, Tetap Menyeru Walau Diusir Pergi.


Kenapa Kita Mudah Benci Bila Dikasari, Putus Asa Bila Yang Dilakukan Tak Menjadi, Kecewa Bila Teman Tak Memahami, Terguris Bila Dinasihati.


Ayuh Kita Bangkit Agar Segala Yang Indah Menghiasi Peribadi Kerana Qudwah Kita Adalah Rasulullah.


Itulah Sifat Hamba Allah Yang Hakiki (",)