Tuesday, March 27, 2012

From Me To You


" dan Dia (Allah) yang mempersatukan hati mereka (orang yang beriman). Walaupun kamu menginfakkan semua (kekayaan) yang berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sungguh, Dia Maha Perkasa, Maha Bijaksana. "
mungkin selama ini
aku bukanlah sahabat yang baik.
mungkin juga selama ini
aku sering melalaikanmu.
mungkin aku juga
selalu membuatmu rasa sedih tersisih.
mungkin pernah selama ini
ada bicaraku yang pedih.
dan mungkin sekali selama ini
aku tidak pernah memahami.
maafkan aku yang hanya hamba biasa.
kerana kelemahanku itu
sering aku panjatkan doa padamu
dikesempatan yang ada.
moga Allah sentiasa menyayangimu
kerana siapa pun kamu
kamu tetap sahabatku.

ketahuilah bahawa
..seorang sahabat yang mendoakan kebaikan untuk sahabatnya tanpa diketahui oleh sahabatnya itu, maka para malaikat akan mendoakan kebaikan untuknya seperti mana ia memohon kebaikan untuk sahabatnya..

sebagai saudara,
aku sayang padamu

kerana Allah.